DYA QAISARA HAWA MOHD SHAIFUDDIN
Janin ini membesar tanpa pengetahuanku selama lebih 3 bulan. Mana tidak, suma pun kata 'ala...klu nyusukan baby tak lekat lah' Haaaa... pandai jew korang ek.... Maafkan Umy sayang, dulu pernah terlintas dibenak umy untuk tidak mahu sayang terus membesar di rahim umy dek kerana rasa malu dan segan. Namun setelah menggunakan akal dan fikiran yang dikurniakan Allah ini, umy kembali positif dan terus mengendong sayang di dalam rahim umy sehinggalah sayang bersedia untuk keluar melihat dunia yang penuh panca roba ini. Namun sayang begitu handal, kerana di saat2 kandungan berusia 38 minggu, boleh plak sayang dok melintang kat dalam tu kan....tapi tak per umy takan benarkan sayang keluar ikut tingkap. So umy telah ikhtiarkan dengan berjumpa Tuan Harun Din dan ikhtiar untuk berurut. Nampaknya nasib menyebelahi umy kerana sayang telah kembali ke posisi asal. Namun dugaan menimpa lg bila sayang masih belum mahu keluar walau telah tarikh due nya. 26.06.2007 sayang sepatutnya keluar tapi apa sudah jadi...??? oooo rupa-rupanya sayang menunggu tarikh yang cantik untuk sayang keluar ek...??? Alhamdulillah pada tanggal 07.07.07 sayang telah selamat lahir dengan berat 3.5 kg. Wow...tiada ku sangka...hebatnya daku....normal tuuuu....
Ramai yang kata sayang ikut muka Umy....iya la da anak umy kan...Elok la tu sorang ikut umy yang sorang ikut ddy....
LOVE U MY GALS...
MYA QYSTINA HAWA MOHD SHAIFUDDIN
Wajah-wajah kesayangan beta...
Mya Qystina Hawa dilahirkan pada tanggal 18.05.2006 dengan berat 2.89 kg. Semasa melahirkan bkn shj beta yg meneran malah suamiku juga turut sama meneran. Konon2 na sama tolong keluarkan kot....tapi Alhamdulillah intan payung beta selamat dilahirkan dengan cukup sihat dan paling penting memiliki sepasang mata yang sangat cantik spt mana ddy nya. tak sia-sia sepanjang tempoh mengandung beta tak puas2 merenung dan melihat sepasang mata yang dulunya menambat hati ini... (cehhhh poyyy...poyyy)
Kehidupan seorang insan bergelar perempuan pasti tidak sempuna tanpa kehadiran seorang lelaki disampingnya. Kerana itu lah telah ditakdirkan kehidupan kita dibumi ini berpasang-pasangan seperti mana Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha, Balkis & Sulaiman, Ibrahim & Hajar serta Rasulullah s.a.w & Khadijah. Begitu juga diri ku yg telah ditemukan tulang rusuk yg satu itu dengan cinta hati ku Mohd Shaifuddin Abdul Hamid.
Setelah melayari onak duri percintaan selama 5 tahun akhirnya kami disatukan dan kini masih terus bercinta walau telah dikurniakan oleh Allah swt dengan dua orang puteri yang sangat-sangat cantik dan cukup sifatnya. Alhamdulillah, syukurku kepada Mu Ya Allah.
Kini lengkap sudah hidup ku sebagai seorang wanita. Dikurniakan seorang suami yang baik paras rupa dan pekerti (poyo la tu) anak anak yang comel dan bijak-bijak. Biarkanlah kebahagian ini kekal sehingga ke akhir hayat.......Terima Kasih Ya ALLAH....Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment